Hantar & Menang

‘Boleh Makan Tak?’

Pengenalan pertandingan

Kembali berhubung dengan alam sekitar dan meneroka semula warisan tempatan dengan empat tema terpilih. Pertandingan ini berlangsung dari 1 November 2021 hingga 28 Februari 2022. Satu tema baru akan dimaklumkan pada setiap bulan. Tema tersebut disertakan dengan jenis penyertaan yang unik mengikut bulan pertandingan dilangsungkan. Seramai 10 pemenang akan dipilih setiap bulan.

Dianjurkan oleh Urban Biodiversity Initiative (UBI) untuk The Kampung City, projek Applied Imagination yang disokong oleh Center for Science and the Imagination di Arizona State University.

Empat tema

Words on the street, November 2021
Are you daun for this?, Disember 2021
Plant to pinggan, Januari 2022
“Goreng-goreng”, Februari 2022

Hadiah

Seramai 10 pemenang bertuah akan dipilih setiap bulan

RM100 x 3
RM50 x 7

  • Hak cipta adalah milik peserta 
  • Pihak penganjur berhak untuk menerbitkan atau menggunakan bahan penyertaan dalam komunikasi dan bahan-bahan lain oleh UBI dan/atau The Kampung City
  • Semua penyertaan yang diterbitkan akan diberikan kredit kepada peserta
  • Penyertaan terpilih atau yang memenangi pertandingan boleh diterbitkan dalam bahan digital atau bercetak
  • Tertakluk kepada terma dan syarat; lihat di bawah

FEBRUARI 2022

“GORENG-GORENG”

PERTANDINGAN RESIPI

Tema bulan ini memberi tumpuan pada pembungkus makanan Kami hidangkan sajian istimewa Pertandingan Hantar & Menang ‘Boleh Makan Tak?’ yang bertemakan “Goreng-goreng” untuk dinikmati semua. Resipi atau kegunaan makanan dari zaman dahulu, citarasa kontemporari, atau cipta resipi untuk masa hadapan. Nasi ulam? Masak lemak? Kerabu? Ceritalah pada kami!

Anda boleh berkongsi resipi asal atau resipi yang anda pelajari daripada orang lain (dapatkan kebenaran mereka dahulu!). Sebarang jenis plagiat daripada sumber yang diterbitkan (buku, laman web, dsb.) adalah dilarang dan penyertaan akan disingkirkan. 

Rebus, panggang, ‘airfry’, sous vide, atau masakan ulaman juga diterima! Kita Malaysians kan boleh makan apa-apa saja.

Kriteria: 

  • Hantar dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
  • Format: MS Word atau video
  • Bonus: Sertakan gambar atau lakaran ilustrasi

HANTAR PENYERTAAN

https://forms.gle/MRosnpkGzzDxg78UA

Terma & syarat

PENGENALAN PERTANDINGAN

  • Tajuk pertandingan ini adalah: Pertandingan Hantar & Menang ‘Boleh Makan Tak?’
  • Slogan pertandingan ini adalah: ‘meramu ke menjamu’
  • Pertandingan ini dianjurkan oleh Urban Biodiversity Initiative (UBI), seterusnya digelar sebagai ‘penganjur’.
  • Tujuan pertandingan ini adalah untuk kembali berhubung dengan alam sekitar dan meneroka semula warisan tempatan melalui empat tema yang dipilih.
  • Pertandingan ini akan menyumbang kepada perkembangan kandungan kebun digital Kampung City, projek usahasama dengan UBI yang disokong oleh Center for Science and the Imagination di Arizona State University.
  • Pertandingan ini akan berlangsung dari 1 November 2021 hingga 28 Februari 2022. Satu tema akan dimaklumkan pada setiap bulan. Tema tersebut akan disertakan dengan jenis penyertaan yang unik mengikut bulan pertandingan. Seramai 10 pemenang akan dipilih pada setiap bulan.

KELAYAKAN

  • Penyertaan hanya akan diterima daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di dalam mahupun luar negara, atau individu bukan warganegara yang bermastautin di Malaysia.
  • Pertandingan ini hanya dibuka kepada peserta berumur 18 tahun ke atas. Namun, ibu bapa boleh mewakili penyertaan remaja atau kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Tiada had umur maksimum ditetapkan.

KEPERLUAN PENYERTAAN

  • Semua penyertaan mesti ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja. Penilaian akan dilakukan mengikut bahasa masing-masing.
  • Peserta disarankan untuk mengisi nama penuh yang sepadan dengan nama akaun bank. Ini adalah untuk memastikan proses pemberian hadiah berjalan dengan lancar. 
  • Nama pena/samaran boleh diberikan untuk tujuan pengkreditan.
  • Penyerahan mestilah karya asli yang sebelumnya tidak diterbitkan, di mana peserta mempunyai hak penuh ke atasnya. 
  • Karya tidak boleh mengandungi bahan yang boleh dianggap rasis, seksis, homofobik, ganas, atau menyinggung perasaan khalayak umum.
  • Karya dilarang mengandungi bahan-bahan yang melanggar hak pengguna lain, termasuk privasi, publisiti, atau hak harta intelek, atau sebarang jenis yang merupakan pelanggaran hak cipta.

SYARAT PENYERTAAN

  • Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup, atau dihantar di luar borang dalam talian rasmi, tidak akan dipertimbangkan.
  • Peserta dengan ini secara tegas, tanpa syarat dan tidak boleh dibatalkan memberi kebenaran kepada penganjur untuk menerbitkan atau menggunakan penyertaan dalam penerbitan digital atau bahan bercetak. 
  • Hak cipta harta intelek karya kekal dengan peserta. Peserta akan dikreditkan sekiranya karya digunakan.
  • Dengan menghantar penyertaan, peserta bersetuju membenarkan penggunaan data peribadi oleh pihak penganjur untuk melaksanakan pertandingan ini. Pihak penganjur tidak akan mendedahkan data peribadi kepada pihak ketiga dan hanya menggunakannya untuk tujuan penganjuran pertandingan.

PENILAIAN DAN PENGANUGERAHAN

  • Setiap bulan, pertandingan ini akan bermula pada hari pertama bulan tersebut (contoh, 1 November) pada jam 12:00 pagi dan berakhir pada hari ke-20 bulan tersebut (contoh, 20 November) pada jam 11:59 malam waktu tempatan (iaitu Kuala Lumpur, Malaysia, GMT+8).
  • Sebanyak tiga (3) hadiah utama dan tujuh (7) hadiah saguhati bakal dimenangi setiap bulan.
  • Peserta boleh menghantar penyertaan berganda untuk pertandingan ini, namun setiap peserta hanya boleh memenangi satu (1) hadiah setiap bulan.
  • Pemenang akan diberitahu melalui e-mel (melalui alamat e-mel yang disediakan dalam borang penyerahan rasmi) pada akhir setiap bulan. Senarai pemenang (nama peserta dan tajuk penyerahan) boleh diterbitkan.
  • Pihak penganjur berhak untuk menukar hadiah kepada hadiah lain yang sama atau berbeza nilai pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua keputusan oleh pihak penganjur mengenai pentadbiran dan peraturan penganugerahan, termasuk pemilihan pemenang, adalah muktamad. 

HANTAR SEKARANG